Info-info Terbaru.

1. inFO Hot bulan july NAK tahu click 'here'

2. Buat duit kat internet tanpa modal satu sen pun.. REGiSTER percuma click 'here'

3. UNtuk Pengguna MAXIS.. click 'here'

4. YANG minat, BOLA click 'here'

Ahad, 21 Mac 2010

kenbaikan membaca al-quran..





Rasulullah SAW telah bersabda “Apabila seorang hamba khatam qurannya, 60,000 malaikat berdoa untuknya (Riwayat Dailami)

Membaca Al-quran sememangnya berpahala besar,seperti dijelaskan diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud R.A, Rasulullah SAW telah bersabda,“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”

Membaca Al-Quran di dalam sembahyang lebih pahalanya berbanding di luar sembahyang. Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Membaca al-Quran dalam solah adalah lebih afdal daripada membaca al-Quran di luar solah. Membaca al-Quran di luar solah lebih afdal daripada tasbih dan takbir (memuji Allah swt). Tasbih adalah lebih afdal daripada sedekah, sedekah adalah lebih afdal daripada puasa dan puasa adalah penghalang daripada api neraka.” (Riwayat Baihaqi)

Disebut dalam hadith, mintalah dari Allah, akan datang satu zaman manusia membaca quran dan meminta dari manusia, misalnya meminta sedekah dengan membaca quran. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang membaca Al-Quran, mohonlah kepada Allah. Sesungguhnya akan datang nanti kumpulan-kumpulan manusia yang meminta dengan manusia dengan menggunakan Al-Quran (Riwayat Tirmizi)

Dan jikalau seseorang sentiasa membaca quran, Allah akan sempurnakan hajatnya sebelum dia meminta.

Abu Said r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Allah swt berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKu”. Ketinggian perkataan Allah swt ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah swt ke atas segala makhluk ciptaanNya.” (Riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)

Disebut dalam hadith, bacalah quran, ambillah mana-mana ayat sekalipun untuk apa (tujuan) sekalipun, ianya mujarab. Syaratnya hendaklah dicukupkan bayaran zakat ayat itu, misalnya zakat Surah Al-Ikhlas (Qulhu wallah) ialah 70,000. Jadi untuk beramal dengan surah itu perlulah dicukupkan bilangan zakatnya sebelum digunakan.

Bacalah sekurang-kurangnya 100 ayat setiap hari, boleh juga diulang surah yang sama, misalnya Surah Al-Ikhlas (Qulhu wallah) sebanyak 25 kali, bersamaan 100 ayat.



UNTUK kawan - kawan yg seach blog INI, TINGGALKANLAH sepatah DUA comen UNTUK dijadikan tanda PERINGATAN buat saya... UNTUK MELAWAT blog anda pulak YA..Insyaallah.. dan Kalau ade terkasa bahasa.. saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki... yg buruk itu datang dari saya.. yang baik itu datang dari allah swt.. wasalam

2 ulasan:

razlan berkata...

atikel yang sangat berguna.. terima kasih..

razlan berkata...

begitu besar fadilatnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails